Wow! Tidak terucap dengan kata-kata bila melihat ramai betul blogger yang telah pun masuk pencalonan untuk Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Di kala ini, ramai betul yang sedang membuat pencalonan pada blog sendiri atau pun blog kegemaran.

Anugerah yang berprestij ini amat bermakna dalam dunia blogging. Apa tidaknya hanya sekali dalam 2 tahun. Hebatnya... Penghargaan yang terlalu tinggi nilainya di rantau Asia-Pasifik. Apa tidaknya, pada Disember 2011 nanti, seramai 500 blogger dan tetamu jemputan dari seluruh rantau Asia-Pasifik akan hadir di Kuala Lumpur, dirai dengan hamparan permaidani merah, diberi penghormatan atas sumbangan mereka dalam dunia blogging ini.

Pencalonan telah bermula mulai 24 Oktober 2011 hingga 2 November 2011. Selepas pencalonan ditutup, blog yang dicalonkan akan menjalani proses pemilihan oleh panel hakim untuk menentukan finalis yang akan meneruskan ke peringkat seterusnya - proses mengundi.

Hmmm... ramai blogger yang telah masuk termasuk Ben Ashaari, Beautiful Nara, Bicara Mak Dara, Cik Epal, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Mat Gebu, Hackers dan Amanz. Hebat-hebat mereka ini.

Dengan rendah diri, Mia pun masuk juga pencalonan untuk Best Parenting Blog, Best Original Blog Design dan Hidden Gem. Cuba masuk, tak salah kan? Mana tahu ada rezeki...


p/s: Persaingan yang terlalu hebat. Setiap kategori akan mempunyai 5 finalis yang dipilih oleh panel hakim dan akan diumumkan pada 7 November 2011.