Blogger Kak Pah memang rapat dengan Mia. Pemilik http://effa-k-poh.blogspot.com ini memang seorang yang sangat sporting dan banyak membantu memberikan sokongan pada Mia selama ini.

Rindu sangat kat Kak Pah sampai termimpi datang ke rumah Kak Pah, Kak Pah masak sedap-sedap, sempat rasa masakan Kak Pah, kami berbual-bual dengan penuh mesra, ditambah pula Sofea yang pandai menyesuaikan diri dan bermain dengan anak bongsu Kak Pah. Dalam mimpi itu, Kak Pah dan suami temankan Mia sekeluarga jalan-jalan di kawasan rumah Kak Pah. Tiba-tiba terbangun, dan sedar rupanya mimpi. Terfikir juga, boleh ke.. nak jadikan mimpi suatu kenyataan?

Sebagai menghargai sokongan yang diberikan Kak Pah, Mia telah pun membuat banner yang simple untuk Kak Pah.... Sudilah terima banner ini. Mia dah emelkan coding banner ini pada Kak Pah. Sayang dan rindu kat Kak Pah...

p/s: Banner gift sempena blog ini dah melebihi 6000 followers. Nantikan banner untuk 2 blog bertuah selepas ini.... Tunggu...