Sebelum pulang Mia berhasrat nak bungkus nasi lemak di kafetaria. Tiba-tiba....ibarat pucuk dicita ulam mendatang, pengurus Datuk Dr. Sheikh Muszaphar (kalau tak silap Mia) pun order teh tarik. Kelihatan selepas itu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar pun turut berehat sebentar di kafetaria. Mia pun apalagi.. minta izin hendak bergambar dengan beliau. Ternyata beliau merupakan seorang yang peramah dan murah dengan senyuman. Sempat jugalah Mia berborak sekejap dan meminta autograf.

Selepas itu, kehadiran beliau di kafetaria telah pun disedari oleh orang lain dan masing-masing ingin bergambar dengan beliau.

Apa-apa pun Mia anggap ini adalah kenangan yang terindah yang tidak diduga, memandangkan Mia sibuk sangat menyiapkan assignment sehingga tidak perasan hari ini adalah hari terbuka di OUM Johor.








"Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dilahirkan pada 27 Julai, 1972. Seorang doktor perubatan terpilih menjadi angkasawan negara Malaysia pertama yang pergi ke angkasa lepas pada tahun 2007."

Sambungan dari entri (hari yang sama) :