Siapa yang tidak kenal dengan jutawan yang terkenal ini, Datuk Dr Rozmey yang lebih mesra dengan panggilan DDR. Mempunyai wawasan dan matlamat tersendiri yang tidak pernah terfikir oleh orang lain. Satu-satunya orang Melayu di Malaysia yang mempunyai laman sosial sendiri, dRbuku yang dahulunya dikenali sebagai DrBook. Hebatnya...

Iklan dRbuku Di Harian Metro 27 Oktober 2011

Apa tidaknya, kekayaan, kejayaan dan pengalaman dapat dikongsi bersama sekaligus dapat menangkis tanggapan buruk masyarakat semasa awal permulaan laman sosial ini dilancarkan. Perubahan demi perubahan dilaksanakan demi menjadikan laman sosial ini semakin mantap dan dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna  tanpa mengenal faktor usia, pangkat, darjat atau harta.

Betapa indahnya hubungan persahabatan yang erat di kalangan pengguna laman sosial ini. Walaupun ianya mengikut konsep yang lebih kurang sama dengan Facebook, namun ada satu ciri rahsia yang membuatkan pengguna sentiasa hendak online dengan dRbuku. Nak tahu? Daftarlah dahulu...

Belum cuba belum tahu...
Dah tahu tentu suka...
Bila suka tentu terpikat...
Dah terpikat terus melekat...






p/s: tiada yang mustahil dan jika percaya, tentu boleh laksanakannya... tahniah DDR!