Begitu hebat penangan dRbuku ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi komen di dalam entri Bermula Dengan DrBook, Kini Menjadi dRbuku, Syabas Dr Rozmey... Sukanya Mia bila DDR (Datuk Dr Rozmey) sendiri pun turut komen. 

Sebenarnya Mia baru mula masuk dRbuku pada hari Khamis (27.10.2011) lepas, sebelum ini memang dengar kecoh-kecoh pasal hal ini, cuma tidak berkesempatan. Masuk-masuk je, Mia terasa wow! hebat! sebab DDR dan admin sendiri ada bersama kita, sentiasa online dan rajin berinteraksi dengan pengguna. Menjadikan kami lebih mesra, tidak terasa jurang antara kami. Agak-agak kalau Mark Elliot Zuckerberg itu boleh ke nak online, chat dan layan kita? Mustahil, bukan? (Harap maaf entri ini tidak bermaksud untuk memburukkan Facebook).

Mia cuma nak anda bayangkan... betapa untungnya pengguna dRbuku ini seperti yang diwar-warkan oleh DDR sendiri di dalam media. Kalau kita semua ada akaun Facebook dan Twitter, apalah salahnya kalau kita juga ada akaun dRbuku. Bezanya dRbuku adalah produk buatan Malaysia. Fikir positif dan terbuka. Kita patut berbangga bukan hanya dengan mendabik dada. Perlu ditekankan kat sini bahawa dalam drBuku itu bukan hanya untuk mereka yang bisnes ataupun jual produk sahaja seperti yang dibayangkan oleh Mia sendiri (Harap maaf ya DDR). Tetapi bila Mia dah masuk, ternyata salah anggapan Mia. Sesiapa sahaja pun boleh masuk drBuku, tidaklah hanya kepada urusan bisnes semata-mata. Ramai juga pengguna dari golongan pelajar dan mahasiswa.

Apa yang Mia katakan ini benar dari pengalaman Mia sendiri dalam dRbuku.

Jom tengok paparan dalam dRbuku... zass.... (sila klik pada gambar untuk besarkan)

 DDR beritahu dah komen dalam blog Mia semalam

DDR yang online hampir 24 jam. Terbaik! 

Paparan utama dRbuku (Rank Mia sekarang dRbooker's Heroes


Paparan di Group Mialiana.com

p/s: jangan lupa add Mia kalau dah join dRbuku nanti...