Diam tak diam, bila disemak, banyak pula komen yang tidak terbalas. Hajat di hati memang kalau boleh nak balas semua, tapi apakan daya masa macam mencemburui Mia pula.

Minta maaf sangat-sangat kepada pengunjung blog ini yang ternanti-nantikan balasan komen dari Mia. Harap anda semua faham keadaan Mia ini. Mia cuma sempat update blog. Mia sangat sayang anda semua, terasa macam banyak sangat yang ingin dikongsikan tapi apakan daya yang penting harus didahulukan.

Ketika ini Sofea baru sahaja tidur, jadi sempatlah Mia nak mengadap laptop. InsyaAllah walaupun lambat Mia akan cuba juga membalas komen dalam entri. Jangan marah ya... Senyum-senyumlah selalu....

p/s: kalau nak tanya yang urgent dan perlu jawapan segera dari Mia, bolehlah gunakan laman sosial seperti twitter, fan page mialiana.com dan drbuku.....