Mia dengan Lela hadir sebagai wakil LPNM untuk Persidangan Chief Information Officer (CIO) Malaysia dan MyGOSSCON 2011 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 2 hari iaitu 29 - 30 November 2011 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Persidangan ini bertemakan :

New Economy of ICT and Open Technologies 
Empower Digital Transformation
Through Sustained Creativity and Innovation

Ini merupakan salah satu program di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur. Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada Ketua Pegawai Maklumat, Pengurus ICT dan pegawai-pegawai Sektor Awam dan Swasta dalam menghadapi pelbagai isu, cabaran dan peluang ICT ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Ia turut mempromosikan pembangunan dan pelaksanaan perisian sumber terbuka untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti yang berterusan.











p/s: banyak betul slot forum berbentuk pembentangan....