Bangun-bangun pagi sahaja, Mia akan kemas barang-barang yang hendak dibawa ke pejabat dan rumah Mak Semah. Hari ini Mia bangun pukul 5.30 pagi.

Perasan tayar belakang pancit pula. Angin betul ni. Masuk ni dah kali kedua tayar pancit. Sebelum tu, tayar depan yang pancit. Masa betulkan tayar depan yang pancit 2 minggu lepas, ada macam stapler besar melekat kat tayar. Kali ini pula tak pasti lagi, samada paku atau stapler besar tu lagi.

Tempohari Mia ada buat entri tentang pejabat Mia sedang mula buat construction, di bahagian depan, tengah dan belakang. Mia parking kereta pun agak jauh, di pintu masuk naik bukit dalam kawasan pejabat. Nak buat macam mana.... Dah hari-hari pergi kerja bawa kereta, takkan nak parking kereta kat Bank Islam pula. Jauhnya.

Kesiannya, tayar yang jadi mangsa. Mia tak pasti kalau rakan-rakan sepejabat lain turut mengalami nasib yang sama dengan Mia. Sedihnya... pagi-pagi lagi dah sedih ni. Kejap lagi nak operasi tukar tayar spare dengan suami...

Inilah rupa tayar belakang yang pancit itu... 

Sebelum itu, tayar ni yang pancit 2 minggu lepas

p/s: Mood bengang ni... Kita punya lah sayang dan cukup hati-hati...

Bersambung pada entri Aktiviti Menukar Tayar Yang Pancit.