Nampaknya, ini adalah 2 banner terakhir Mia sempena blog ini telah melebihi 6000 followers. Blogger yang bertuah ialah Mak Dara dan Scarlett O'Hara. Konsep banner mereka, Mia sesuaikan dengan konsep blog masing-masing. Persamaannya, kedua-dua blogger ini rajin mengikuti segmen Ben Ashaari.




Kenal tak dengan blogger Mak Dara yang fabulous dan famous tu.. Sekarang sudah bertambah hebat, lebih-lebih selepas masuk majalah Nona. Penulis skrip filem dan drama yang kreatif dan berwawasan. Teruskan berkarya dan mantapkan lagi industri perfileman negara. Tahun ini, suami Mak Dara yang menang Festival Filem Malaysia FFM ke 24, mana tahu Mak Dara pula akan menyusul jejak suami nanti di FFM yang akan datang. Segalanya mungkin. Mia pun dah naik segan nak singgah blog Mak Dara. Sebagai menghargai persahabatan kita, diharap Mak Dara dapat terima banner yang tidak seberapa ini daripada Mia. Jangan lupa Mia tau, bila dah berjaya nanti. All the best! 




Scarlett, pemilik blog yang serba purple dan english like, lembut dan manis orangnya. Mendefinasikan dirinya sebagai "No one really knows the real me ... A very nice ( always too nice )but mystery person." Wahhh... misterinya. Scarlett berkenan nak banner berkelip-kelip macam Kak Pah. Maka, Mia pun buatkan design ini, mengekalkan konsep yang sama dengan banner asal, cuma touch up lebihkan sedikit. Nampak sweet je kan banner ni... Diharap Scarlett suka dengan banner ini, yang terbaik yang Mia dapat lakukan. Ikhlas dari Mia untuk Scarlett.

Dengan itu, berakhirlah sudah Segmen Banner Gift Mia untuk kali ini. Tahniah kepada yang bertuah kerana terpilih dalam segmen ini. Untuk yang berminat, diharap dapat maklumkan kepada Mia lebih awal untuk segmen akan datang yang akan bermula selepas blog ini melebihi 7000 followers. Siapa cepat dia yang dapat...

p/s: sayang anda semua.... muahhhssss