Memanglah Skype ni dah lama wujud. Masalahnya belum lagi keperluan. Tapi sekarang, dah rasa macam satu keperluan. Bestnya, sebab dah ada geng rapat Mia ni. Setakat ini cuma ada Kak Pah, Mrs Yie dan Kiz.  Bila berborak tak ingat dunia, maklumlah guna conference call. Dah tu pula, non-stop.. dari satu cerita ke satu cerita lain. Kalau tulis kat ruangan chat dah jadi panjang berjela-jela.

Meriahnya, agak-agaknya lah kan kalau duduk kat depan mata, mesti kecoh dan kepoh habis.... (tak dapat nak bayangkan).  Lagi satu memang jimat kos, hanya pakai headphone yang ada microphone dan internet sahaja boleh berhubung dengan rakan-rakan di merata tempat. 


Dalam satu masa memang tak semua online, cuba bersembang di ruangan chat aje la. Nak tahu tak siapa ketua geng rapat ni? Hehehe.... tentulah Kak Pah, dia memang dah lama layan Skype ni. 

Setakat ini, paling lama Mia berborak dengan Kak Pah, hampir 3 jam. Nak taip rasa penat, lebih baik cakap aje lah. Kak Pah sporting habis. Sayang Kak Pah ketat-ketat (pinjam ayat Mrs Yie).

Oh ya! Mia nak ajak blogger-blogger yang ada Skype tu, jangan lupa add mia ya... 

Akaun Skype Mia ----> mialiana.com

Apa-apa pun, bukan senang nak cari kawan yang sejati dan jujur, sama-sama susah dan sama-sama senang. Berkawan biar ramai... 

p/s: alangkah bestnya kalau Mak Dara pun join geng rapat ni... #moodberangan