Sebenarnya, Kak Pah ada bakat menjadi seorang deejay. Apatah lagi sekarang Kak Pah ada segmen hidangan e-novel untuk pendengar GomoFM. Mia dengar tadi, masa Kak Pah bacakan petikan e-novel  pertama Mrs. Yie, Takdir Itu Untuk Aku. Best betul, penuh dengan ekspresi dan penghayatan. Para pendengar semua begitu tekun sekali, yang sembang dalam ruangan chat pun suka dengar suara Kak Pah yang sporting tu...

Mrs. Yie kini sedang menyiapkan novel keduanya, Sayang Cikgu Ketat-Ketat. Wah, hebatnya... Teruskan usaha yang gigih ni... mana tahu suatu hari nanti akan menjadi seorang penulis yang terkenal di masa akan datang....


Jom baca sinopsisnya (sumber dari Mrs. Yie)

Ariana, anak tunggal Encik Ahmad dan Puan Rokiah, gadis serba sederhana yang cantik, nakal, agak kasar dan berpendirian tegas. Ariana tidak senang memikirkan tentang jodoh. Dia seakan serik untuk bercinta kerana pernah ditipu oleh Nazri. Malang menimpa, orang yang paling Ariana sayang pergi meghadap ilahi. Kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan.

Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki. Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan. Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Ariana lebih tertarik pada jirannya Izudin, duda yang masih terikat dengan pelbagai masalah peribadi. Hubungan mereka sering konflik kerana bekas isterinya, Puan Dila sering mengganggu dan meminta wang. Izudin pula langsung tidak bersikap tegas. Perasaan yang Ariana cuba selindung rupanya tidak bertahan lama. 

Cintanya diluahkan secara tidak sengaja. Peribadi Izudin benar-benar membuatkan Ariana tertarik. Walaupun penuh dengan cemburu, lelaki yang menjadi perhatian ramai wanita ini seorang yang terlalu melindungi, cukup romantik dan pandai bermain kata-kata. Hubungan Ariana dan Izudin semakin semarak dengan rindu dan kasih.

Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu bisa menyentuh hati sesiapa yang membaca. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?

Hmm... menarik kan? Kalau nak tahu kisah sepenuhnya tentang Ariana ini... jom baca di SINI.

p/s: kagum dengan Kak Pah dan Mrs Yie ni, walaupun hanya berhubung melalui Skype sahaja...