Sempat juga nak update blog, sementara melepak-lepak di Mak Ungku Cafe. Mia berada di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di Taman Setia Tropika, Kempas. Ramai betul orang kat sini. Macam-macam ragam dan macam-macam karenah. Tempat parking pun sesak...

Mia nak buat MyKad baru menggantikan MyKad lama yang dah rosak. Kena bayar RM 10.00. Cuti hari ini. Dah lama tak terbuat, cuma hari ini sahaja baru sempat. Suami Mia pula nak tukar alamat dalam MyKad juga. Ambil no giliran tadi, pukul 11.54 pagi. Tak tahu lah nak buat apa lama-lama kat sini. Tempat duduk dah penuh kat Bahagian Kad Pengenalan, Blok 2.

Mungkin silap tarikh, tapi tidak mengapalah. Tunggu.. dan terus menunggu....

Jom tengok gambar masa Mia ambil jam 2.00 petang tadi. zassss..






p/s: jenuh juga nak menunggu.... lagi 15 minit nak pergi naik atas semula... lepak atas pula...