Untuk menyertai MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY ini, diminta untuk BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM.

Fikir-fikir punya fikir akhirnya tajuk yang diimpikan adalah "Keramat Cinta Teragung". Dahsyat betul tajuk ini, ibarat kisah dongeng atau lagenda. Maklumlah Mia memang suka sangat filem jenis ini.

Bagaimana boleh timbul pula tajuk filem ini pun Mia tak pasti. Tapi memang suka betul dengan perkataan Cinta. Ditambah dengan Keramat. Diakhiri dengan Teragung. Wahhh, menjadi lambang cinta sejati yang suci dan abadi. Jadi apalah salahnya disambung kisah Puteri Gunung Ledang.

Sinopsisnya begini, percintaan antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah terlalu sejati walaupun mereka tidak dapat bersama, mereka berharap agar keturunan mereka dapat menyambung ikatan percintaan mereka. Kiranya generasi yang sekarang inilah yang perlu disatukan supaya hajat mereka tercapai. Pelbagai dugaan dan rintangan harus dihadapi. Banyak gangguan lah kiranya. Boleh diselitkan dengan kuasa magik dan alamat mimpi (kiranya teknik CGI komputer perlu dimasukkan). Ini juga melibatkan takdir dan sejarah. Seorang gadis dari keturunan Puteri Gunung Ledang dan seorang jejaka dari keturunan Hang Tuah bertemu di waktu tidak terduga dan bibit percintaan bermula secara tidak sengaja.

Oppsss.. sampai situ sahaja. Yang lain kenalah pandai-pandai tokok tambah. Ini sahaja idea asal dari Mia. Walaupun sumbangan Mia ini tidak seberapa tetapi harap ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada penulis-penulis skrip di luar sana tu. Apa-apa pun diharap industri perfileman tanahair kita akan setanding dengan negara lain. Buat lah yang terbaik!

p/s: cuma ada bakat dalam berangan je...