Hmmm.. menarik ni. Pada mulanya Kak Pah, deejay baru GomoFM telah pun memulakan segmen hidangan e-novel dengan membacakan sedutan dari e-novel Takdir Itu Untuk Aku karya Mrs. Yie tempohari. Sejurus selepas itu, Kak Pah ada buat entri di dalam blognya dengan mengajak mana-mana penulis tak kira lah blogger atau pun tidak, untuk menghubungi beliau melalui email bagi menjayakan segmen tersebut. Klik SINI.

Malangnya tidak ramai yang tampil untuk berikan kerjasama, ada yang segan dan ada yang malu. Eh! janganlah malu, bila lagi nak tonjolkan bakat yang ada di dalam diri itu? 

Antara kata-kata Kak Pah di shoutbox blog Mia.. (sila klik pada gambar untuk besarkan)



Kini, Kak Pah telah pun menambah lagi kepada blog review atau apa-apa maklumat di dalam blog yang ingin dikongsikan bersama pendengar GomoFM  dan pagi tadi telah pun membuat review beberapa blog dalam entri DELA,LOVE BUG,BILLY INFO :BLOG ANDA DI REVIEW DI GOMOFM, RADIO ONLINE.

Syabas kepada Kak Pah. Semoga semua pendengar akan terhibur hendaknya di samping mempromosikan blog-blog lain, kita juga dapat berkongsi maklumat dan info-info terkini.

Kepada blogger yang berminat sila lah hubungi Kak Pah di http://effa-k-poh.blogspot.com.