Tidak disangka kini sudah pun Tahun Baru 2012. Penuh dengan harapan. Penuh dengan impian. Penuh dengan keceriaan. Tema background yang Mia pilih kali ini adalah suasana warna-warni dan keceriaan.

Gambar background ini adalah desktop wallpaper yang Mia search dari Google. Paling menepati tema dengan pasu putih yang penuh dengan bunga-bunga pelbagai warna. Membangkitkan suasana ceria di tepi jendela. Ibarat berada di dalam sebuah bilik yang tenang.


Untuk header pula, Mia memilih gambar kami sekeluarga yang sedang menikmati juadah makan malam di Damai Seafood Village. Suasana persekitaran yang ala-ala kampung dan menyamankan.

Mia masih lagi mengekalkan kata pujangga dari Henry Ward Beecher mengatakan "We never know the love of our parents till we become parents". Kasih sayang ibu bapa yang tidak ternilai harganya. 


Hmmmm... tidak lupa juga banner blog ini pun turut berubah mengikut background ini cuma kali ini nama Mia Liana hanya blink-blink sahaja. Simple dan penuh warna-warni. Lembut dan manis bila dipandang.


Harapan Mia agar semua pengunjung akan dapat ketenangan dan keceriaan semasa membaca entri-entri di dalam blog ini. Tenteramkan jiwa, kosongkan minda dan jangan lupa.... senyum-senyum lah selalu.

p/s: sayang kat anda semua......