Bangun-bangun sahaja pagi tadi sebelum Subuh, Mia buka myVLE seperti biasa. Eh! Result dah keluar lah. Berdebar-debar terus hati ini. Tangan klik untuk tengok result, tapi mata pejam sebab takut sangat nak tengok result. 

Mia kuatkan semangat dan buka mata. Alhamdulillah. Syukur dapat result yang baik. 2 subjek mendapat A iaitu Accounting Information System dan Entrepreneurship. Hanya 1 subjek E-Commerce sahaja yang mendapat B+.

Final exam untuk subjek E-Commerce pada Mia memang agak susah. Lega betul dapat B+. Masa nak jawab tu, Mia blank sekejap pada 1 jam yang pertama. Susah betul. Memikirkan cara-cara nak jawab dan nak pastikan betul ke tak jawapan Mia. Mia conteng-conteng dulu isi pentingnya. Bila dah confirm baru tulis kat kertas jawapan. Memang panik sebab soalan agak mengelirukan dan Mia paling takut tersalah bagi jawapan.

Selama ini, Mia memang jawab soalan Final Exam dalam English. Assignment pun dalam English. Bila Mia jawab soalan esei selalunya Mia akan bagi definasi, huraian dan contoh. Yang penting kena jawab, dan jangan biarkan ianya kosong.

Secara keseluruhannya, GPA untuk Semester September 2011 ialah 3.78 menjadikan jumlah CGPA setakat ini kepada 3.80. Syukur... masih dapat maintain pointer dan masih dalam Dean List.

p/s: tinggal lagi 2 subjek untuk semester terakhir ini, doakan Mia ya...

Entri-entri Mia semasa nak final exam semester September 2011 yang lepas :
  1. Esok... Final Exam Untuk E-Commerce
  2. Stressnya Nak Exam... Doakan Mia Ya...
  3. Final Exam Untuk Entrepreneurship Dan Accounts Information System Serta Aktiviti Mia Di Hujung Minggu
  4. Ye.. ye.... Leganya Dah Habis Final Exam Semester September 2011