Bangun pagi-pagi sahaja tadi, Sofea terus pergi cari kura-kura. Katanya nak bersihkan dulu, sebelum dibuat main. Sofea bersihkan dengan cotton buds. Sayang betul dia pada kura-kuranya.
Al-kisahnya, sejak-semenjak ini Sofea memang suka sangat dengan kura-kura. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke rumah mertua Mia. Ayah Mertua Mia memang bela sepasang ekor kura-kura. Sofea suka buat main-main kura-kura itu. Siap nak bawa balik ke rumah lagi.
Bila dah balik rumah, dia bising nak kura-kura. Nasib baik Mia terfikir satu idea, dan esoknya pergilah mencari mainan kura-kura dan terus beli di kedai kanak-kanak di Bandar Baru UDA. Balik rumah tunjukkan pada Sofea, bukan main sukanya dia.
Senang nak jaga kura-kura ini, tak perlu ada akuarium, tak perlu kasi makan, cuma pusing kekunci dan dia boleh terus berjalan.
Jom tengok gambar Sofea pagi tadi.... zassss...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgywIsjtcUoFZ1moav_AbzsGyoLJK90XAKhbllK8i629F-nLGxD7Lf8sZMQ3EgwG6GjbxfWJba5y5wokDslpOPP-rMZtOX7nkwjZBsY5vkqaj-rhyphenhyphendHd51-9gpS3ssSP08Hvc39PxEIAo8/s400/kurakura1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzLHCwoHqAVRKmb7xSdaIKPgWreVmEa0CTYnf9CoWyKNhV7Fa0p9_nXO1leNVhaNAZmBsUKS5MzsEBnCjCJetLxJzWy7b82sfEb4aOT3mPJMLgKEjjrPqDTr1IimDQJsFhzsOx9s9xOFQ/s400/kurakura2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiGe0ZyajMtduHE2RdDz_i-YJ3ejVuoXEJwmZWSr6_qCh4E2VDUlvTkV9ciXWyt-DE5eknKnfGaQNGgv-_kIEMyIhT4lETh0DI1nYS6vHyLBEWri8u16eAsqSNyay2SQNKvnCRvEs9phI/s400/kurakura3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguA0rP6JCcfbr78hf-5LRxCOur_hknIwLNydW-BN_uPQsZv-1yis4v4h6ybOLNPHQEq0sIuqHicYCpvGYkHlwU4I0Q-Up-eqK7QHf-Tl0FFB_GS8VhxE9BOfLOmnOEzOQZOXE_95nDRQk/s400/kurakura4.jpg)
p/s: jadilah... daripada tiada langsung di rumah ini.... nak bela yang betul, Sofea masih kecil lagi....
8 Comments
comel je kura-kura tu. tapi sofea lagi maintain comel :)
ReplyDeleteya... memang comel sangat kura-kura tu. tu yang kak mia belikan....
Deleteuikkk terima kasih miza..
Wah seronoknya sofea main kura-kura tu.
ReplyDeletememang seronok sangat... kalau boleh nak ajak maknya main sama...
Deleteagak2 klau bela sampai next year bole mbesar x sepasang kura2 ni, hukk...
ReplyDeleteuikkk... yang membesar nanti tuannya.. bukan kura-kuranya... hehehhe
Deleteeh pandainya sofea amik cotton bud nak bersihkan kura2.hehe
ReplyDeletetu la... nak bersihkan celah-celah kaki kura-kura, kotor katanya. hmmm.. padahal main dalam rumah aje...
Delete