Semalam petang, sebelum balik rumah, singgah dulu stesyen minyak isi minyak penuh-penuh. Senang Mia nak pergi kerja nanti, tak perlu susah-susah isi minyak... Tiba-tiba bila dah selesai sahaja, Suami Mia masuk dan beritahu tayar kereta dah pecah-pecah dan ada yang retak. Alamak! Mia tak pernah check pun tayar. Main bawa pergi balik kerja sahaja. Punyalah risau Suami Mia. Katanya, perlu tukar dengan segera. Kalau boleh petang itu juga.

Jadi, Suami Mia pergilah ke beberapa kedai tayar kereta di Taman Universiti. Cari-cari yang mana sesuai. Akhirnya berkenan dengan kedai tayar kereta, yang di depannya ada stesyen minyak Caltex. Cuma ada 2 tayar sahaja yang benar-benar perlu diganti. Kami tukar tayar Silverstone berharga RM 180 setiap satu. Lagi 2 tayar masih boleh digunakan buat sementara waktu, dan akan ditukar selepas akhir bulan ini.

Kalau ditunggu-tunggu, bahaya juga. Takut meletup di tengah jalan, kan susah. Jadi untuk lebih selamat lebih baik tukar sahajalah. Meter pun dah mencecah 46 000 km.

Mia dan Sofea menunggu di bilik menunggu... Kesian tengok Sofea nampak sangat boring duduk dalam bilik ini...


Suami Mia yang tunggu tayar ditukar baru... risau juga nak kena tengok, betul ke tidak mereka pasang...


p/s: kali pertama tukar tayar sejak kereta ini dibeli pada awal tahun 2010....