DiGi WWWOW Awards 2012 - Penghantaran Cenderahati Ke Rumah Peserta Kempen

Cadangannya Mia nak gerak ke rumah-rumah peserta kempen yang berada di kawasan Johor Bahru semalam petang. Tapi Mia betul-betul tak larat kerana demam, selepas makan ubat di waktu tengahari terus tertidur sampai petang.

Namun Mia gagahi juga, selepas magrib semalam, terus hubungi 3 orang peserta kempen yang terdiri daripada blogger untuk bertandang ke rumah mereka. Inilah kali pertama Mia berjumpa dengan mereka. Selama ini hanya berhubungan di blog dan facebook sahaja.

Kami pergi sekeluarga... Mia, Sofea dan Suami Mia. Mula-mula pergi ke kawasan Pasir Gudang. Berjumpa dengan Mr Cool & Mrs Kepoh dan kemudian Kak Scarlett. Yang terakhir sekali, rumah Zulfakar yang berada berdekatan dengan rumah Mia. Sampai rumah pukul 1.00 pagi.

Diharap ketiga-ketiga peserta kempen ini dapat buat entri sponsor dahulu memandangkan penghantaran cenderahati kepada peserta kempen yang lain akan dibuat melalui pos pada hari esok.

Jom tengok gambar-gambar kami.... zass... (sila klik pada gambar untuk besarkan)






Dengan Kak Scarlett



Dengan Zulfakar

p/s: Ini sahaja yang Mia ada sebagai penghargaan kepada usaha peserta-peserta kempen. Terima kasih kepada semua sponsor kempen Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012.