Memandangkan aircond Bilik Server dah hampir 5 tahun usianya, compressor telah bermasalah dan mengakibatkan ais penuh di ruang permukaannya. Sampai-sampai pejabat sahaja pagi tadi, bilik server dalam keadaan panas. Hafizs, juruteknik komputer check rupanya compressor problem lagi. Apa lagi, ramai-ramai lah kami gotong royong mengorek ais dan masukkan ke dalam baldi. Operasi selama 2 jam dan akhirnya ais berjaya dibersihkan. Aircond telah kembali kepada normal.

Tengok dulu macam mana esok. Kalau ada lagi ais, memang patut panggil pembekal untuk repair. Apa-apa pun terima kasih kepada pelajar-pelajar praktikal yang banyak membantu membersihkan ais ini.







p/s: harap-harap kerosakannya tidaklah begitu besar... bajet tak banyak untuk ini...