Cuci dan Hilangkan Contengan Di Sarung Kusyen Sofa 

Sekarang.. sejak Sofea dah pandai nak tulis dan warna, bukan setakat buku yang dicontengnya malah sarung kusyen sofa menjadi mangsanya. Siapa yang tidak risau, pening juga nak hilangkan macam mana. Kalau kotoran biasa memang boleh hilang. Kalau contengan tentu sukar.

Dulu masa baru kahwin beli sofa dan pilih warna fabrik kusyen ini, tidak terfikir pula satu hari nanti anak akan conteng. Sekarang baru lah sedar kalau dulu pilih fabrik yang gelap. Rasanya macam nak tukar sarung kusyen sofa yang baru, tetapi kena keluar duit pula.

Suami Mia yang dapat idea ini... Katanya cuba rendam 1 jam, biar kembang dan sebati dulu dengan sabun pencuci pakaian. Hmmm.. bagus juga. Nasib baiklah guna mesin basuh automatik. Campak sahajalah. Sebelum ini, Mia cuci cara biasa pun tidak hilang.

Contengan Sofea di sarung kusyen sofa dengan menggunakan pensel warna, pensel biasa, highlighter Mia, pen biru dan pen merah. Pendek kata, kotoran degil yang sukar hendak dihilangkan. 




Bahan-bahan yang diperlukan... serbuk pencuci pakaian Sc88 produk CNI dan softener Downy Antibac.


Rendam selama 1 jam dan kemudian basuh seperti biasa. Guna function (Soak 1 Hour) di mesin basuh....


Selepas itu dijemur di ampaian. Dah kering kemudian sarungkan semula kusyen sofa. Dan inilah hasilnya....


p/s: leganya hati ini.... bersih dan berseri seperti baru tanpa ada kesan contengan itu lagi...