Dah Mohon Cuti Hari Raya...

Mia dah mohon cuti hari raya awal-awal lagi melalui HRMIS. Cuti umum hari raya pada hari Ahad dan Isnin, 19 - 20 Ogos 2012. Dianjakkan pula kepada hari Selasa berikutnya. Jadi kena terus sambung 3 hari cuti sehingga Jumaat. Seminggu bercuti. Seronoknya.


Tidak tahu lagi nak berjalan raya ke mana.. Ikut orang tua lah nak bertandang ke rumah saudara. Nasib baik keluarga Suami Mia kat Johor Bahru dan keluarga Mia kat Batu Pahat. Memang tidak ada perselisihan bila balik kampung. Jarak pun dalam satu setengah jam sahaja perjalanan.

Kepada yang belum ambil cuti hari raya, cepat-cepatlah mohon cuti ya. Kepada yang balik kampung jauh, hati-hati bila memandu di jalan raya nanti ya. Kepada yang sudah berumahtangga, jangan gaduh-gaduh nak balik kampung siapa ya...

p/s: rancanglah percutian hari raya ini dengan bijaksana...