Hmmm... masa mula-mula Mia newbie di bidang blog ini, Mia asyik blogwaking dan lepak ke blog-blog yang ramai follower. Masa itu, Ben Ashaari masih lagi 2000 follower dan juga blog-blog lain. Mia lebih suka jadi silent reader. Ya lah kan... masa tu segan nak komen kat blog yang famous, kita ni kan masih baru lagi.

Terfikir juga Mia macam mana nak dapatkan follower yang banyak ya... selain daripada buat segmen? Kalau nak follow banyak blog dalam satu hari pun macam tak larat. Follow sahajalah beberapa blog. Nak-nak masa itu Mia sedang belajar jarak jauh di Open University Malaysia (OUM).

Hasrat di hati memang tinggi cita-cita nak dapatkan follower yang ramai. Nak dapat ramai kawan. Pernah ada satu masa Mia blogwalking dari shoutbox le shoutbox blogger lain sehingga sampai semua blog telah habis di follow. Hmmm macam mana ya caranya nak cari blog yang belum di follow? Kemudian Mia pergi ke blog yang ramai follower, tengok kat Google Friend Connect Widget dan follow satu persatu followernya. Adeiii.. Habis pecah rahsia Mia.

Mula-mula ayat yang Mia guna "i follow u, jangan lupa follow i balik ya..." Memanglah lebih kurang begitu bunyinya. Lepas itu, Mia kena tegur dengan beberapa blogger. "Apa ni paksa-paksa orang follow blog dia balik pula". Memang sombong blogger tu, sampai sekarang Mia masih ingat lagi. Mentang-mentang follower dah banyak... Sedihnya, dah lah menegur dengan cara kasar lepas tu marah-marah pula. Langsung tidak ada bagi support kat blogger baru... Perlu diingat, jumlah follower lah yang menaikkan nama satu-satu blog itu.

Selepas itu, Mia tukar ayat "jejalan dan follow sini"..."follow sini"... Ayat yang simple. Follow sahaja mana-mana blog tanpa mengharapkan balasan di follow balik. Tidak kedekut untuk follow blog orang lain. Kalau dah follow tu, jangan pula unfollow balik. Eh! Ada juga blogger yang buat macam itu. Tapi Mia tak buatlah, tak baik tau..

Sehinggalah kini, semasa blogwalking Mia selalunya akan follow terus blog yang belum di follow. Bagi support kat blogger baru. Sebab masa zaman Mia newbie dulu, tidak macam sekarang ini. Tidak ramai blogger yang peramah dan mesra alam.

Perkara pertama bila kita terjah blog yang belum dikunjungi tentu kita tengok berapa jumlah follower nya kan? Betul tak? Kalau banyak follower, tentu kita tertanya-tanya, apakah yang membuatkan orang lain boleh follow blog dia... best sangat ke blog dia... lepas itu secara tidak sengaja, kita mulalah lepak blog dia senyap-senyap dan barulah tahu jawapannya.

Apa yang Mia nak simpulkan di sini, bukannya senang nak dapatkan follower yang banyak. Kena rajin usaha dan kenalkan blog sendiri. Kena ada niche sendiri. Macam-macam strategi boleh dibuat dengan perancangan yang teliti. 

Contohnya lah kan...kalau sebut nama blogger Mia Liana, teringat apa? Hah.. macam tu lah.. Jangan marah ya, ini sebagai contoh sahaja.

p/s: semua blogger yang banyak follower bermula dari 0 follower....