Redeem Point Bonuslink Di Stesyen Minyak Shell

Dua hari lepas, Suami Mia telah pun buat tebus mata (redeem point) Bonuslink di Stesyen Minyak Shell berdekatan kawasan Taman Perling. Memang kami dah bercadang awal untuk ambil tuala. Sebelum itu, dah ambil payung.

Bestnya dapat juga tuala baru. Menambah koleksi tuala-tuala yang ada di rumah. Mana tuala yang lama ingat nak jadikan kain buruk (nama sahaja buruk, tapi taklah buruk mana).

Redeem point untuk tuala ialah 2100. Memang kumpul point untuk tuala. Lepas ni nak kumpul lagi untuk barang lain.



p/s: selalu isi minyak kereta di stesyen minyak Shell dengan Ron 95