Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Sofea dah semakin besar dan banyak pula karenahnya. Kejap nak itu... Kejap nak ini.

Sekarang ni Sofea suka buat robot. Macam-macam bentuk. Tidak boleh diusik. Marah dia nanti. Kalau dah main, memang bersepah. Bukan nak kemas, dibiarkan sahaja. Mak dan ayahnya lah tukang kemas.

Kalau masa buat robot tak jadi, mulalah meragam minta tolong ayahnya buatkan. Maka jadilah macam gambar di bawah ini. Siap berangan biar robot ini dapat kalahkan boboiboy dan ultraman...


Sayangnya kami pada Sofea... Semakin cerdik fikirannya dan petah bercakap.