Sampul Duit Raya

Bila dah nak hari raya, perkara paling utama ialah memasukkan duit raya ke dalam sampul raya. Selalunya Mia akan buat 2-3 hari sebelum balik kampung. Siap-siap masukkan duit dulu nanti bila dah balik kampung dah sibuk buat benda lain pula.

Setakat ini bekalan sampul duit raya sentiasa mencukupi setiap tahun. Bila berbelanja di pasaraya ke... pergi bank ke... tukar duit raya ke... tentulah dapat sampul duit raya. Ada juga yang tidak cukup sampul duit raya dan terpaksa buat sendiri guna kertas sampul hadiah (kreatifnya, sempat pula tu..) ataupun beli di kedai. Gambar kat atas tu, sampul duit raya yang Mia dapat dari pejabat. Boleh menambah koleksi sampul duit raya sedia ada.

Sampul duit raya selalunya Mia asingkan ikut RM1 sekeping, RM1 dua keping dan RM 5 sekeping. Siap buat label kat plastik sampul duit raya, takut tertukar nanti. Kalau buat kerja-kerja masukkan duit raya ke dalam sampul raya ini, selalunya buat pada waktu malam selepas Sofea tidur. Dapat buat dengan cepat dan tenang.

p/s: tidak suka buat persediaan last minute untuk duit raya...