Hantu Kapchai - Rempit Sampai Mati

Hmmm... patutlah semua orang kata cerita ini best. Nak-nak bila ada "Mael Lambong" pelakon kegemaran Sofea. Malam tadi baru sahaja kami tengok cerita ni di rumah. Sofea lagilah memang suka sangat walaupun tidak berapa faham sangat cerita ini asalkan ada pelakon kesayangannya tu. Kanak-kanak pun boleh tengok, sebab hantu kapchai, Ajib ni rupanya tidak menakutkan dan seperti orang biasa.

Cerita ini pun banyak mengandungi mesej dan nasihat kepada orang yang suka rempit. Kesian juga tengok Ajib dianiaya oleh Tiger semasa melawan rempit (demi nak dapatkan RM 10,000) dengan Greng dan akhirnya mati. Mungkin sebab rohnya tidak tenteram jadi dia minta pertolongan rakannya, Ibrahim yang boleh berinteraksi dengan dia. 

Bahagian ini perlu jaga-jaga takut tersalah akidah. Memang tidak dinafikan rasanya tentu ada golongan mereka yang dibuka hijab di dunia ini dan boleh berkomunikasi dengan roh. Semuanya atas ketentuanNya. Jadi anggap sahajalah cerita ini sebagai santai dan lawak.

Ajib.. Ajib... Paling kesian, dia ada hutang dengan Ah Meng RM 10,000 untuk membiayai kos perubatan maknya. Macam-macam yang berlaku dan melalui Ibrahim, dapat jugalah bantu Akim untuk jadi hebat macam Ajib untuk lawan Tiger.

Secara keseluruhannya cerita ini best dan kalau tengok berulang kali pun memang tak jemu.

Antara gambar yang Mia printscreen...




p/s : terhibur bila tengok cerita ini....