Khasiat Dan Kelebihan Pure Marine Collagen (Kolagen Mentah)

Hmmm.. tidak sangka betul Mia begitu ramai yang tertarik dengan kolagen mentah dalam entri SINI. Mia dah selidik dulu sebelum ini sebelum berhasrat membelinya secara online. Rata-rata semua yang guna ini ternyata mempunyai kesan positif walaupun agak lambat. Pada Mia, ianya lebih baik daripada kesan yang cepat dan mempunyai masalah di kemudian hari.

Disamping murah dan jimat, ianya juga selamat digunakan. Tapi kena rajinlah sedikit, kena masak, kena pakai masker, kena minum setiap hari untuk dapatkan kesan yang optimum.

Jom kita tengok khasiat dan kelebihannya...
  1. melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  2. meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  3. memejalkan payudara, otot dan punggung
  4. menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
  5. mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
  6. mengurangi selulit dan memberi tenaga
  7. melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
  8. menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
  9. meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
  10. merawat penyakit gout dan mencegah kanser / tumor
  11. mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat anemia
  12. meningkatkan fungsi penghadaman / pencernaan, merawat gastrik
  13. anti bakteria / kulat dan memecahkan toksin
  14. menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
  15. menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
  16. melicin, menegang dan menghaluskan kulit
  17. mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
  18. menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
  19. memberikan rasa kekenyang (diet) dan memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit)

Mula-mula Mia beranggapan hanya untuk kulit sahaja, tetapi rupanya banyak khasiatnya. Itulah sebab kenapa Mia boleh berkenan dengan kolagen mentah ini.

p/s: baru 2 kali pakai masker, jerawat di dahi dah kecut....