Minggu lepas Mia ada cerita di dalam entri Pure Marine Collagen Dah Sampai. Betapa seronoknya hati ini sebab baru Mia tahu rupanya blogger Amira dan Bee pun guna juga selain dari Momoy.

Memang banyak khasiat kolagen mentah ini. Bagus untuk kesihatan dan kulit kita. Bukan Mia seorang sahaja yang guna, Suami Mia pun turut sama. Kolagen mentah lebih selamat dan lebih asli. 

Jom tengok cara-cara Mia masak kolagen mentah ini....zassss

Basuh sebanyak 5-6 kali dan toskan. Rendam 8-9 jam sehingga kembang.

Basuh 5-6 kali dan toskan sekali lagi . Kemudian masukkan ke dalam periuk dengan air 2.5 liter.

Kolagen mentah (tanpa flash).

Kolagen mentah (dengan flash).

Rebus sehingga mendidih.

Biarkan sejuk di dalam periuk.

Simpan dalam peti sejuk (boleh tahan 1 bulan)

Boleh digunakan sebagai masker untuk muka ataupun diminum 2-3 sudu besar setiap hari sebelum dan selepas bangun tidur. Banyakkan minum air masak dan makan vitamin c untuk kesan yang lebih sempurna. Nasib baik tekak Mia boleh terima rasa kolagen ini, rasanya macam jeli. Telan begitu sahaja tanpa dicampurkan dalam air. (nasib bukan rasa macam jamu)

Apa-apa pun kena tengok dulu perubahannya nanti. Hari ini hari pertama guna. Wish us luck!

p/s: sihat luar dan dalam dengan kolagen....