Open University Malaysia | OUM - Pencalonan Anugerah Canselor


Balik sahaja dari kerja petang tadi, Mia terkejut sebab dapat surat dari Open University Malaysia (OUM). Risaunya di hati, kot-kot tak dapat nak konvo bulan 12 ni. 

Bila dibuka suratnya, terus mengalir air mata ini. "Ya Allah! Alhamdulillah. Aku amat bersyukur kepadaMu", sambil membaca isi kandungan surat. Mia dijemput untuk mengemukakan permohonan bagi pencalonan Anugerah Canselor. Terasa macam mimpi pula. Tidak percaya pun ada juga.

Anugerah Canselor Open University Malaysia merupakan hadiah terunggul yang akan dianugerahkan kepada seorang pelajar terbaik keseluruhan (the best overall student) yang berjaya menyempurnakan program pengajian Ijazah Sarjana (secara berkursus), Sarjana Muda atau Diploma dengan "Lulus Dengan Cemerlang"  dan mencapai CGPA 3.80 serta telah memberi sumbangan yang cemerlang kepada khidmat awam dan masyarakat di peringkat negara.

Anugerah ini berbentuk sebuah plak, wang tunai RM 2,000 dan Sijil bermeteri OUM (ditandatangani Canselor Open University Malaysia) dikurniakan pada setiap Majlis Konvokesyen.

Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih Anugerah Canselor dan akan dikemukakan kepada Senat untuk pertimbangan dan kelulusan. Nama penerima Anugerah Canselor akan dicatatkan dalam Buku Konvokesyen.

klik pada gambar untuk besarkan


Hanya seorang sahaja akan dipilih. Bukan senang ya.. Perlu bersaing dengan pelajar terbaik yang lain. The best among the best.  Esok dalam pukul 11.00 pagi, Mia dah buat temujanji nak jumpa Pengarah OUM Johor, Encik Abdul Rahim bagi perbincangan untuk menyiapkan permohonan Anugerah Canselor ini. Berdebar-debar ni...

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan dan sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2012. Mia akan buat pos laju ke OUM KL dalam minggu ini juga.

Apa-apa pun Mia dah usaha yang terbaik. Tolong doakan Mia ya... doakan agar Mia terpilih untuk dapat Anugerah Canselor ini. Amin...


p/s: syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya... mohon diperkenankan doa hambaMu ini...