Di pagi yang ceria ini, Mia ingin kongsikan emel dari rakan Mia tentang Pantun Luar Biasa. Semoga anda semua terhibur dengan keratan-keratan pantun di bawah ini.....
Pisang emas dibawa berlayar 
Masak sebiji di atas peti 
Kat pasaraya tak ada hutang hutang 
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery 
Kalau ada jarum yang patah 
Jangan di simpan di dalam peti 
Kesian betul dengan kau ni 
Jarum patah pun kau simpan dalam peti. 
Dua tiga kucing berlari 
Mana nak sama si kucing belang 
Kalau kau berani kejarlah kucing tu 
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.. 
Kajang Pak Malau kajang berlipat 
Kajang hamba mengkuang layu 
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat 
Kain aku, si pencuri yang sapu 
Rumah Pak Mamat di tepi sawah 
Pakai langsir berwarna biru 
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah 
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke. 
Air pasang dalam surut pukul lima  
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga 
Haloo nyonya, mau tanya sikit 
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka? 
Tuai padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Kalau padi tu belumlah masak 
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. . 
Limau purut masak di dahan 
Batang selasih condong uratnya 
Limau purut tak boleh makan 
Nanti sakit perut nak kena cari ubat. 
Pulau Pandan jauh ke tengah 
Gunung Daik bercabang tiga 
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu 
Pergi aje ke Kampung Pandan 
Sorong papan tarik padan 
Buah keranji dalam perahu 
Tolonglah jangan makan buah keranji tu 
Nanti badan kau orang berbau 
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda 
Ana banyak takut jalan tutup mata 
Memanglah takut kalau jalan tutup mata 
Sebab takut terpijak lubang Indah Water 
Encik Baba jatuh dalam parit 
Cik Aminah ketawa jerit jerit 
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit 
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit 
Buai laju laju 
Sampai pokok sena 
Woii, jangan buai laju-laju 
Nanti kang tercampak kat pokok sena 
Timang tinggi-tinggi 
Sampai cucur atap 
Cucur atap tak sedap 
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap 
sumber pantun : emel
p/s: dah lama tak berpantun, seronok juga kalau dapat berbalas pantun ni...

 

 
 
 
 
 
 


46 Comments
memang tak biasa...
ReplyDeletememang pun...
DeleteHuhu best pantun 2.. gelak sekuatnya jelah
ReplyDeletegelak sampai tersedak2 minum air... heheheh
DeletePAgi-pagi Pergi ke Komtar,
ReplyDeletePErgi komtar naik bas,
Eh....apa aku buat di Komtar?
Adesss...rupanya salah naik bas!
petang-petang naik basikal
Deletenaik basikal pergi ke kedai
eh.. buat apa naik basikal
terlupa... jauhnya kedai!
hehehe..
ReplyDeletehihihi aini... lawat sat ya..
DeletePandai2 je diaorang mengubahsuai pantun2 itu... ;-)
ReplyDeletehaah... ubah selera lain pula..
Deletepntun lawak..huhu
ReplyDeletememang lawak dan memghiburkan..
DeletePergi pasar ku beli kerang,
ReplyDeleteBuat bekal kubeli roti canai,
pagi2 ku gelak sorang2,
bila kubuka blog mia liana....;)
mata ngantuk terus terlena
Deletecahaya terik panas suria
terima kasih ya zurina
sudi bertandang ke blog mia
best pantun nie..:)
ReplyDeleteyupp normi..
Delete2kerat atas tue biasa dgr..tp sambungn 2kerat bawah tue pndai dia olah ^^
ReplyDeletehaah yana.... it's fun time...
Deletecanggih pantun nie..olahan baru,
ReplyDeleteinfo terkini...
dari mselim3
sekali sekala mselim.. apa salahnya...
Deletehaha..yang ni lawak
ReplyDeleteKalau nak, bayar, Cash On Delivery
keh keh keh
jangan ketawa kuat2 nanti lalat masuk mulut momoy karang... heheheh
Deletememang luar biasa... haha!
ReplyDeletejom gelak sama ya ruha...
Deletehahaha yang kain kena sapu tu lawak!! XD
ReplyDeleteuikk sapu jangan tak sapu....hehehhee
Deletehahahahahaha...lawak nya
ReplyDeletejom melawak dengan pantun... hihihih
DeleteHAHAHA ..
ReplyDeleteTGAHARI BERBLOGGING ,
BERBLOGGING SAMPAI SINI ,
BESTLA PANTUN KAT ATAS NUNG ,
NI TERUJA NAK GTANG SINI ..
AMACAM ? HAHAHA
adeiii lari irama pantun tu.. heheh tapi ok lah tu..
Deletededeq lari-lari ke sini dengan guni
terkejut kak mia sampai hendak lari
terima kasih kerana teruja ke sini
lain kali jangan malu datanglah lagi
betul luar biasa pantun tu hehehe... :P
ReplyDeletehaah nita... ^_^
Deletelucu pulak apabila diubah2 macam tu. Boleh jadi pengubat hati yg rawan ni..
ReplyDeletehaah kak salmi.. lupa segala masalah seketika..
Deletezman skolah dulu kerap dapat pantun ni..
ReplyDeletetuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan
selebihnya, sila sambung sendiri, hikk...
aduiii caliph... heheheh kak mia jawab ya
Deletetuai padi antara masa
esok jangan layu-layuan
tuai blog antara dunia
hubungan erat terus-terusan
heheheh amacam? ok tak?
bole diterima ^^
Deletetq dear..
Deletekalau nak bayar..COD ye kak mia..
ReplyDeletene eca nak jual pantun,sudi kira pantun ini dibeli...
buah duku buah nenas,
hati beku badan panas,
bagaimana BW secara pantas,
tak terkejar semua melintas.
hehehe :P
uikkk soalan cepu emas ni... kak mia beli ya...
Deletehujan di luar semakin lebat
terus makan roti dan keju
BW pantas senang dibuat
andai ada masa dan internet laju
Bangun pagi raptai perbarisan
ReplyDeletepenat kaki berkawad di jalan
Buka blog jenguk2 kawan
Kak Mia sudah makan...
hahaha
Deletepergi kedai cari kain
jiwa tenang hati senang
kak mia jawab ya mrs velentine
sudah makan perut kenyang
heheheheh....
kak mia bt entri pantun luar biasa,
ReplyDeleteluar biasa dia fuhh..syok baca,
kalau shida nk balas yg biasa saja,
tak ada yg luar biasa cuma bersahaja,
tq kak mia :) heheeee <3
kak mia tak buat pantun luar biasa
Deletedari emel dikongsikan di sini
andai shida berpantun biasa
kak mia suka tidak terperi
Membeli belah di plaza sentosa
ReplyDeleteSambil tengok amoy pakai ketat terseksa
pantun kat sini bukan biasa-biasa
sememangnya sungguh luarbiasa
Sorry tumpang menyibuk kat sini jugak
ReplyDelete