Pemenang Domain .Com Untuk GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com Telah Dikenalpasti

Setelah beberapa hari membelek-belek semua entri peserta GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com. Beberapa blog telah pun disenaraipendek. Kemudian, dibelek-belek lagi blog-blog tersebut sehinggalah tinggal 1 blog sahaja yang benar-benar menepati kriteria pemilihan sebagai pemenang domain .com. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan Mia hanya sponsor domain .com untuk 1 tahun sahaja.

Tiada unsur berat sebelah atau pilih kasih, kerana pemenang merupakan blogger tegar dan rajin blogwalking. Berpotensi tinggi untuk terus maju ke hadapan. Sememangnya layaklah blognya yang masih blogspot.com ditukar kepada .com. Mia nak ucapkan tahniah kepada pemenang kerana telah melepasi tahap tapisan yang begitu teliti. Selepas ini, diharap apabila sudah bertukar kepada .com nanti teruskanlah berblogging dengan lebih serius.

Apa-apa pun keputusannya akan diumumkan di blog Feroz a.k.a. JiwarOsak pada hari Isnin, 15 Oktober 2012. Tunggguuuuu....


p/s: psssttttt rahsia... kalau ada sesiapa yang ada ciri-ciri di atas, tentu dah dapat agak dah...