Pengumuman Pemenang Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Pembuka Pengumuman

21 Oktober hari ini
Berdebar sungguh rasa di hati
Saat yang ditunggu tibalah kini
Pemenang bertuah diumumkan nanti

Hendak dimasak si ayam Turki
Terlepas reban jenuh carinya
Tuah ayam nampak di kaki
Tuah blogger pada pantunnya


5 Blogger Bertuah

Tiada lagu tanpa irama
Tiada kata semanis bicara
Blogger bertuah yang pertama
Teruna Arjuna milik si dara

Lama sungguh tidak bersua
Dari jauh kenal rupanya
Blogger bertuah yang kedua
Bunga Teratai harum baunya

Pak Pandir bermain saga
Pakai baju kancing suasa
Blogger bertuah yang ketiga
Mama surirumah sepenuh masa

Bila hujan keluar cepat
Tadah air dalam tempayan
Blogger bertuah yang keempat
Putera impian angan Azian 

Si dara jelita bercinta lama
Bertemu jodoh si teruna Banjar
Blogger bertuah yang kelima
Lin manis yang sedang belajar


1 Blogger Terunggul

Sekalung tahniah diucap kini
Senyuman manis wajah berseri
Pantun puitis penuh berseni
Engku Muzahidin blogger dicari


Penutup Pengumuman

Terima kasih kerana sudi
Beli pantun yang biasa ini
Diumumkan sudah sebentar tadi
Pemenang segmen diketahui kini

Rasa girang jiwa tenang
Tiada memilih walau di hati
Usah berduka jika tidak menang
Cubalah lagi andai ada nanti