Peringatan Waktu Solat Di Smartphone

Hmmm... Perkara yang paling Mia suka bila gunakan smartphone Samsung Galaxy S Advance ini ialah boleh masukkan aplikasi Waktu Solat. Lebih-lebih lagi bila keluar outstation memang memudahkan. Tak perlulah nak tanya orang kan...

Bila dah masuk waktu sahaja, akan ada alarm dan secara automatik akan mengingatkan kita untuk bersolat. Mana tahu tengah sibuk dengan kerja ke... buat kerja rumahtangga ke... kadang tak perasan. Bila bunyi sahaja tentu cepat-cepat nak tengok kan? Kot-kot ada sms ke.. Bila dilihat, oohh rupanya dah masuk waktu solat.

Di samping itu, ia juga ada kompas yang menunjukkan arah kiblat. Banyak lagi aplikasi lain di android yang amat menyenangkan kita. Kena pandai cari dalam Play Store dan download. 

p/s : tak suka download aplikasi yang tidak menjadi keperluan Mia.

Published with Blogger-droid v2.0.6