Selepas sahaja makan tengahari pada hari semalam, kami berempat, Mia, Kak Aida, Dayah dan Adik Kak Aida terus menuju ke tingkat atas ke Butik Aysha Collection yang menjual koleksi tudung Pearl Haya.

Masa rehat yang agak panjang dari pukul 12.15 tengahari hingga 2.45 petang dimanfaatkan sepenuhnya. Lama juga membelek tudung ini, cari yang betul-betul berkenan di hati. Bajet pilih tudung yang antara RM 85 hingga RM 100 sehelai. Sungguh pun mahal, tetapi memang cukup puas hatilah. Senang dan selesa memakainya.

Kami ni, bukannya selalu beli tudung Pearl Haya. Ni kira dah lama sangat ni, siap kumpul duit nak beli tudung ni punya pasal. Bila duit dah cukup, maka terus shopping lah...

Dedeq dan Hainom OKje ada tanya dalam entri sebelum ini, berapa banyak yang Mia borong? Mia borong satu sahaja sebab tudung ala-ala sport yang Mia nak tu, dah tidak ada stok. 





Hah..... itulah dia, tudung yang berjaya memikat hati kami. Sempat susunkan lagi atas meja. Packaging tudung Pearl Haya memang nampak sangat ekslusif.

p/s : Campur yang baru ni, Mia dah ada 5 tudung dari koleksi Pearl Haya.....