Kata orang pengaruh dari kawan adalah yang paling kuat. Memang betul pun. Kalau nak ikut biar yang positif, jangan ambil yang negatif. Ni lah, Mia baru sahaja kali pertama cuba snek rumpai laut yang dibeli oleh Kak Aida dari Cosway. Bagus untuk kesihatan katanya. Bukan Mia sahaja yang terjebak, Dayah pun sama juga. Namanya dalam bahasa Inggeris, Crispy Seaweed Bite.

Mia pun cubalah rasa. Untuk yang perisa original ni memang boleh telan. Tetapi yang perisa wasabi tu, bila letak di lidah terasa pedas sampai ke telinga. Aduiii... Merah sekejap muka dibuatnya. Rupanya ada cara nak makannya. Kena makan sedikit demi sedikit. Tidak boleh terus ngap macam tu...




Lepas tu terus minum air masak banyak-banyak. Terasa melekat di tekak. Apa-apa pun banyak khasiatnya. Sekali sekala bolehlah nak makan ni, kalau selalu.. tak sanggup...

p/s : aktiviti makan snek..  petang Jumaat lepas di pejabat....