Minyak Wangi Simply Scents Pure Parfum

Setiap 2 atau 3 bulan memang Mia dan Suami Mia akan membeli minyak wangi Simply Scents Pure Parfum yang mempunyai pelbagai jenis bauan. Memang selalu beli di Giant yang dekat dengan rumah ni.

Kalau nak beli memang lama nak memilih jenis bauan yang sesuai. Sampai sakit hidung dan pening lalat dibuatnya. Tukar-tukar selera. Takkanlah nak pakai bau yang sama sentiasa.



Selalunya akan beli minyak wangi 1 botol besar dan 2 botol yang kecil. Yang botol besar memang akan letak di rumah. Yang botol kecil akan dibawa ke mana-mana dalam handbag. Senang nak diguna.



Keperluan seharian sebelum keluar pergi kerja atau ke mana-mana sahaja. Cuba cium, wangi tak?

p/s: suka wangi-wangian......