Hargai Pengunjung Blog

Sebagai pengunjung, kalau dah namanya pengunjung tetap harian, tak pun mingguan tentu nak tahu apa yang di update di dalam blog kegemaran. Nak tahu juga apa perkembangan blogger ini? Lepas itu tentu terfikir, apa yang bestnya blog ini bila ada ramai yang datang, ramai yang komen. Seterusnya, mengikuti perkembangan blogger ini dari semasa ke semasa.

Tentu tertanya-tanya apa sumbangan blog ini kepada pengunjung-pengunjung lain. Hanya berikan maklumat semata-mata ataupun ada interaksi dengan pengunjungnya. Mesrakah blogger ini? Sombongkah blogger ini? Syok sendirikah blogger ini? 

Bila hati dah terpaut dengan blog, tentu tidak kisah entri apa yang di update, asalkan ada update. Bila blogger yang disukai tidak update blog, tentu ada perasaan risau dan bimbang dan tertanya-tanya kenapa tidak update blog. Apa yang sudah berlaku pada blogger ini? Ada masalah kah? Kenapa biarkan blognya bersarang? 

Sentiasa tertunggu-tunggu akan entri terbaru. Rasanya tidak sabar nak tahu apa update yang akan datang. Bila dah baca update yang baru, lega betul rasa di hati.

Kemudian bila terlalu suka dan seronok membaca kisah blogger kegemaran, mulalah berkongsi dan bercerita dengan keluarga dan rakan. Secara tidak langsung, blogger tersebut mendapat publisiti secara sendirinya. 

Inilah antara perkara-perkara yang selalu dialami oleh pengunjung. Bayangkan dan cuba letakkan diri kita dalam diri pengunjung. Tentu akan alami perkara yang sama bukan?

Sebagai blogger, harus belajar menghargai pengunjung. Pernahkah kita mengambil berat tentang pengunjung blog kita? Menjadi blogger harus belajar memahami siapa pengunjung blog kita. Kehendak dan kemahuan mereka. Fahami mereka dan berinteraksilah dengan mereka. Bila tidak sempat nak update blog, beritahulah kepada pengunjung supaya pengunjung tidak ternanti dan risaukan kita.

Bila pengunjung berikan pandangan dan komen yang membina, kita terimalah dengan positif dan buatlah perubahan supaya menjadi lebih baik di masa akan datang. Mungkin boleh perbaiki gaya penulisan, penampilan blog dan mesrakan hubungan dengan pengunjung. Sentiasa berterima kasihlah kepada pengunjung yang selama ini menyokong blog kita.

p/s: jangan lupakan pengunjung termasuk silent reader...