Bagi blogger personal, blog adalah segalanya. Kisah suka dan duka dicoretkan, ibarat diari elektronik yang juga dapat dikongsi dengan pengunjung blog. Tentu sayang sangat kat blog. Kalau sayang kat blog, jagalah blog dengan baik dengan cara update secara konsisten dan maintain trafik blog.

Untungnya jadi blogger personal. Boleh  update apa sahaja yang dirasakan perlu. Boleh juga kisah peribadi, kisah keluarga, kisah masyarakat sekeliling, kisah kerja, kisah cinta dan apa-apa lagi kisah yang sesuai. Perlu diingat tidak semua kisah boleh dimasukkan ke dalam blog dan perlu pandai memilih kisah yang sesuai. Jagalah batas dan adab sopan ketika menulis.

Blogger personal selalunya akan lebih mesra dengan pengunjung dan terasa begitu dekat bila berhubungan. Akan lagi mesra apabila dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger di alam nyata. Bertentang mata dan juga berborak sakan. Bila kita dah selalu berkunjung ke blog personal, secara tidak langsung kita juga tahu personaliti dan cara blogger itu dengan sendirinya. Bila berjumpa tentulah akan lagi mesra dan macam dah kenal lama.

Bila jadi blogger personal, tidaklah boleh sombong dan memandang rendah kepada blogger lain hanya kerana blognya telah pun dikenali ramai. Jangan lupa pada para pengunjung, kerana merekalah yang menaikkan blog anda. Tanpa mereka, blog anda tiada maknanya.

Walaupun trafik blog tidaklah setinggi mana, tetapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Bermula dari susah kepada senang. Bermula dari bawah barulah naik ke atas. Berusahalah untuk naik ke atas tanpa putus asa dan atasilah halangan yang ada di hadapan. Belajar dari kesilapan dan cedok ilmu dari blogger lain yang telah berjaya. Melangkah setapak demi setapak ke hadapan. InsyaAllah tentu akan berjaya.

p/s: blog adalah segalanya bagi Mia...