Mia Dalam Kosmo Hari Ini

Alhamdulillah, syukurnya Mia pada semua yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Mia, di facebook, twitter dan blog. Terima kasih ya semua kerana sudi doakan kejayaan Mia sehingga mendapat Commonwealth Educational Media Centre for Asia Award. Sampai tidak tahu nak kata apa...

Tiba-tiba Marc Haizal, rakan OUM Penang beritahu yang Mia ada dalam akhbar Kosmo hari ini, 12 Disember 2012. Terus tadi masa tengahari Mia keluar pergi beli sekejap. Mia ada dalam artikel Konvokesyen Ke-13 OUM Catat Jumlah Siswazah Teramai. Terima kasih tidak terhingga kepada Open University Malaysia.

Terus scan dan update ke dalam facebook dan blog.

klik pada gambar untuk besarkan

p/s: menjadi kenangan terindah dalam hidup ini..