Sedapnya... nasi lemak Kampung Baru Kuala Lumpur ni. Baru kali ini dapat merasa. Nasinya cukup lemak, sambalnya pun tidaklah pedas sangat. Sotongnya pun lembut.

Rasa tekak mengalahkan orang yang mengidam. Bila dah sana sini perkatakan tentang nasi lemak ini, tentulah nak rasa juga...

Pagi Jumaat yang lepas, Kak Ana yang kebetulan sedang bersarapan di Kampung Baru, bungkuskan nasi lemak ini pada Mia. Siap hantar ke hotel Mia pagi tu. Terima kasih ya Kak Ana.

p/s : sukanya bila dapat kawan yang memahami dan menghargai erti persahabatan...
Published with Blogger-droid v2.0.6