OUM Konvokesyen Ke 13 - Inilah Harinya

Hari yang ditunggu telah pun tiba kini. Inilah harinya. Tidak sangka pula yang Mia akan menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award beriringan dengan Anugerah Program Bachelor of Information Technology with Honours. Syukur sangat. Terima kasih tidak terhingga kepada Open University Malaysia.

Memanglah berdebar-debar rasa di hati sebab kali pertama naik ke pentas untuk menerima Award ini. Tidak cukup dengan itu, selepas selesai Sidang 1 nanti, Mia perlu hadiri sidang media. Kali pertama, tentulah susah hati, bukan? Mana tahu kot-kot tak tahu nak jawab ke... tersalah jawab ke.. Terlalu banyak betul yang bermain di fikiran Mia. Apa-apa pun Mia akan cuba yang terbaik. 

Tolong doakan Mia agar segalanya berjalan dengan lancar hari ini... amin..

p/s : Sempat jugalah nak siapkan entri autopost ni... Di saat ini Mia sedang berada di Dewan Merdeka, PWTC..