Mia Penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) - Mia Liana

Wednesday, November 28, 2012

# Study Matters

Mia Penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)

Mia Penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)

Alhamdulillah, syukurnya Mia apabila menerima panggilan telefon daripada Open University Malaysia Kuala Lumpur petang semalam menyatakan Mia terpilih untuk menerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) bagi Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang ke 13 pada bulan Disember 2012 ini di PWTC Kuala Lumpur.

Mengalir airmata Mia tanpa disedari. Memang terkejut betul. Hanya seorang pelajar yang dipilih dan pelajar itu ialah Mia. Satu penghargaan yang paling bermakna dalam hidup Mia.

Pagi tadi Mia pun telah menerima emel ini...

klik pada gambar untuk besarkan

Mia perlu hadir pada Sidang 1 hari Sabtu 15 Disember 2012 untuk menerima Anugerah ini dan juga hadiah USD300 diiringi skroll Bachelor of Information Technology with Honours. 

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga Mia... suami tercinta, mak dan ayah yang dikasihi, adik-beradik yang disayangi kerana telah banyak memberi perangsang, sokongan dan dorongan semasa Mia belajar di Open University Malaysia.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali Mia, sama ada di pejabat, rakan-rakan OUM, facebook, twitter dan blogger yang sudi doakan Mia selepas tercalon untuk Anugerah ini.

"Tiada Rahsia Dalam Kejayaan. Ia Adalah Hasil Daripada Persediaan, Kerja Keras dan Belajar Daripada Kegagalan" - Colin Powell"

Terima kasih Open University Malaysia!

p/s: mengalir air mata ini...

92 comments:

  1. terbaik la kak mia...ni mmg berita menggembirakan

    ReplyDelete
  2. wow!!!!! dahsyat.... tabik beribu2 spring utk Mia atas pencalonan ini. Syabas dan tahniah dari akak

    ReplyDelete
  3. tahniah akak..usd300..mesti happy family akak..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak mia. taniah atas kejayaan akak :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia...tahniah2 mia atas kejayaan ini..;)

    ReplyDelete
  6. tahniah mia....memang very inspiring sungguh...syukur pada Allah :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah syukur.... tahniah kak mia.... :) jumpa konvo nanti...

    ReplyDelete
  8. Contoh Motivasi yang nyata dan terbaik daripada seorang manusia, isteri, ibu dan juga seorang blogger.

    Bila rasa ada kekangan di depan hanya 2 pilihan untuknya. Terima sebagai cabaran atau undur mengalah - kejayaan adalah sebuah pilihan. :)

    Tahniah Mia. Setinggi-tinggi tahniah daripada saya untuk kejayaan tersebut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh terharu dengan komen taliff ni... terima kasih ya..

      Delete
  9. wahh!! Tahniah akak!!! Akak memang da best :D

    ReplyDelete
  10. Tahniah Mia... meremang bulu roma kakak sebab dalam beribu student Mia yg terpilih. Bangga kan...

    Syukurlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. satu antara beribu... terima kasih kak zakie..

      Delete
  11. Replies
    1. terima kasih ya eraz... huhuhu tak dapat lah jumpa dengan eraz..

      Delete
  12. Tahniah... semoga menjadi inspirasi buat pelajar lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya izni.. begitulah hendaknya...

      Delete
  13. Wahh..hebat2..tahniah kak MIa..boleh jadikan sumber inspirasi..

    ReplyDelete
  14. saya nak ucapkan tahniah dan syabas....
    terus sukses kak.

    ReplyDelete
  15. tahniah kak mia.kak mia mmg the best la..:)

    ReplyDelete
  16. tahniah kak mia... hebatlah. best student ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang bunyinya macam tu lah uzmaa... terima kasih ya..

      Delete
  17. Alhamdulillah, Taniah di atas kejayaan. Hasil usaha dan kerja keras selama 4 tahun lebih telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.

    ReplyDelete
  18. salam Mia..
    alhamdulillah..tahniah dari sy..:)

    ReplyDelete
  19. wah tahniah....seronoknya siap dapat duit lg....

    ReplyDelete
  20. Tahniah Mia.. Besar pengiktirafan tu...You deserved it Mia..

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. haah.. suka amat ni hainom... terima kasih ya..

      Delete
  22. tahniah mia , duit dapat , degreee pun honour , lepas ni master lak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya abg cik... insyaAllah memang nak sambung lagi lepas ni..

      Delete