Alhamdulillah selesai sudah urusan tempahan penginapan di Sunway Putra Hotel yang berdekatan dengan PWTC. Pada mulanya memang Mia nak tempah awal-awal lagi tetapi memandangkan ada tercalon untuk 2 Anugerah di Majlis Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia di mana hari penyampaiannya ialah pada hari Sabtu 15 Disember 2012, jadi Mia tangguhkan hasrat Mia dahulu. Pada mulanya Mia perlu hadir di sidang 3 pada hari Ahad 16 Disember 2012 tetapi Mia nak tunggu dulu keputusan Anugerah keluar barulah nak tempah penginapan hotel. Syukur bila dapat Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA).

Nasib baik ada kosong lagi di Sunway Putra Hotel dan lantas Mia terus tempah semalam melalui borang tempahan OUM dan tadi petang terus bank-in bayaran penuh penginapan ke akaun hotel.  Nasib tak ramai orang di kaunter bank. Hmm... sungguh pun Mia dan Suami Mia orang IT tapi bab-bab yang menyentuh transaksi secara online memang cukup hati-hati. Lebih rela guna manual daripada sistem.

Supaya tidak kelam-kabut selepas habis konvokesyen nanti, Mia ada tambah masa untuk check out lambat pada jam 6.00 petang sebelum pulang ke Johor.

p/s: minggu depan dah nak konvo, berdebar-debar rasa di hati....