SWM Environment - Pemberian Tong Sampah Beroda Percuma


Semalam dalam jam 12.30 tengahari kami sampai di perkarangan Masjid Al-Hidayah untuk mengambil tong sampah beroda percuma sempena Program Pengedaran Tong Sampah Beroda Percuma oleh SWM Environment.  Punyalah tidak sabar, sebab pagi-pagi lagi jiran-jiran sebelah rumah sudah pergi ambil tong sampah ini.

Ramai juga yang datang. Tunggu hampir setengah jam baru dapat. Kalau datang pagi-pagi, tentu sesak. Ni kiranya dah kuranglah sedikit.

Yang penting segala dokumen yang diperlukan telah siap disediakan di rumah, dan borang-borang hendaklah diisi terlebih dahulu. Setiap tong sampah yang diberikan ada nombor siri tertentu yang sama dengan borang permohonan. Jadi tidak perlu risau... Mana tahu kot-kot tertukar dengan jiran ke..






Hmmm... nasib baik boleh muat nak letak kat tempat duduk belakang kereta. Leganya.. 

p/s: sukanya dapat tong sampah beroda percuma ini. Terima kasih ya SWM..