AVG AntiVirus Untuk Smartphone

Hmmm... Sekarang ini macam-macam mungkin akan berlaku pada smart phone (telefon pintar) kita.

Mia guna aplikasi android AVG Antivirus untuk handphone Samsung Galaxy S Advance . Setakat ini, Mia rasa sesuai. Protected. Kalau ada Threat (ancaman), kita akan dimaklumkan untuk tindakan segera.

Ada 4 fungsi utama dalam aplikasi antivirus ini iaitu protection, performance, anti-theft dan privacy.



Bukan setakat komputer atau laptop sahaja yang perlu ada antivirus, smartphone pun kena ada juga. Bila menggunakan aplikasi yang melibatkan internet, seharusnya kita sentiasa berwaspada terutamanya aktiviti download. Virus boleh menyerang bila-bila masa tanpa disedari. Smartphone akan gagal untuk berfungsi sepenuhnya. Sesiapa yang tiada antivirus diwajibkan install mana-mana antivirus dengan segera.

Mana tahu kalau ada aplikasi antivirus lain untuk smartphone, silalah kongsikan di ruangan komen. Sama-samalah kita bertukar pandangan atau pengalaman.

Sayang sangat kat handphone ni. Pentingnya penjagaan yang teliti...
Published with Blogger-droid v2.0.6