Rakaman Suara Mia Untuk GomoFM

Akhirnya siap juga rakaman suara Mia untuk GomoFM. Demi menyokong rakan blogger tersayang, siapa lagi kalau bukan DJ Kak Pah dan juga radio online tercinta GomoFM dalam usaha untuk mencungkil bakat menyanyi dan mana tahu selepas ini akan menjadi popular.

DJ Kak Pah yang sangat gorgeous

Siapa lagi nak support Kak Pah kalau bukan Mia. Walaupun suara Mia ini kurang sedap tapi dengan semangat berkobar-kobar nak support Kak Pah dan GomoFM maka Mia pun rakamlah suara Mia yang tidak berapa merdu ini.

Suara original dari Mia. Mia pilih untuk nyanyikan lagu Rossa-Aku Bukan Untukmu. Semoga terhibur ya...

Klik SINI untuk dengar.

Tunggu sehingga page habis loading seperti di bawah ini dan kemudian bolehlah tekan butang Play atau Download.


Sesiapa yang berminat boleh juga join dengan klik SINI. Mana tahu anda ada bakat yang terpendam.

p/s: Kak Pah dan GomoFM telah banyak berkempen untuk Mia semasa DiGi WWWOW Awards 2012 yang lepas..