Alhamdulillah baru sempat beli kasut baru lepas tengahari tadi. Sebenarnya Mia dah rancang nak beli awal masa tahun baru 2013. Baru hari yang ke 12 dapat beli. Mia dan Suami Mia beli kat kedai kasut Ten's di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru. Banyak betul pilihan sampai rambang mata dibuatnya.

Kasut lama pula ada yang dah terkoyak dan sudah tidak selesa lagi bila dipakai. Nampaknya nak kena buanglah. Mia tidak kisah kasut jenis apa asalkan selesa dan sedap dipakai. Kali terakhir beli kasut ialah pada bulan September 2012 yang lepas. Kasut itu pun dah terkoyak.

Lama juga masa memilih di dalam kedai kasut itu. Selepas cuba pakai beberapa jenis kasut, akhirnya Mia berkenan pada 2 pasang kasut ini yang tapaknya ada getah. Senang nak jalan dan tidak risau kalau tergelincir bila lalu di tempat yang agak licin. Kaki pun selesa sebab lembut kasut ini.

Jom tengok zassss...



 


Harganya pun tidaklah mahal sangat. Dua-dua kasut ini harganya RM 39.00 setiap satu. Masih dalam bajet Mia.

p/s : harap dapat tahan lama kasut ini...