Hari ini ada kerja ad-hoc yang perlu Mia siapkan untuk Majlis Menandatangani MoU LPNM Sarawak & Syngenta Crop Protection di Kuching, Sarawak.

Tugasan Mia ialah buat design kad jemputan, buku program dan mockup video (montage). Hari Rabu lepas baru dapat tahu kena buat kerja-kerja ini, Mia cuma sempat siapkan design untuk kad jemputan sahaja.

Hari ini, Mia nak siapkan design untuk buku program dan buat mockup video. Yang penting idea kena ada satu hari ini supaya kerja-kerja nak design ini akan mudah dan lancar...

Untuk mockup video pula Mia perlu pilih gambar-gambar yang sesuai untuk montage 2-3 minit. Memang nak buat yang simple.

target nak siapkan juga hari ini... kalau tak siap terpaksalah sambung bawa balik ke rumah....