Hari ini genaplah usia domain Mialiana.com, 2 tahun. 
Happy birthday!! Sukanya Mia.. 

klik pada gambar untuk besarkan

Rentetan Sejarah...

Pada mulanya blog ini hanyalah menjadi storage untuk menyimpan maklumat daripada email yang diterima. Sampai penuh inbox. Nak dibuang pula sayang. Jadi Mia copy kan ke dalam blog. Blog ini pula hanyalah untuk kegunaan peribadi. Tiada expose pada orang luar. Masa itu, blog ini diwujudkan pada tahun 2007 dengan url http://mialianas.blogspot.com dengan erti kata lain Mia Liana yang punya sebab ada huruf S di belakang.

Pada tahun 2010, Mia mula aktif berblog. Demi untuk lebih serius di bidang blogging, Mia telah bertukar ke domain Mialiana.com pada 23 Januari 2011. Selepas itu mulalah melibatkan diri dengan komuniti blogger secara meluas.

Nama Mia Liana dipilih sebab melambangkan kelembutan dan keayuan wanita. Jauh beza dari nama sebenar Juliana dan nama di emel, Eli Liana. Jadi kalau ada sesiapa panggil dengan nama Mia Liana, memang confirm datangnya dari blog ini. Senang dan mudah, tidak perlu nak tanya lagi.

Kini

Mia barulah tahu betapa seronoknya bila kita berblog. Setiap hari ada sahaja yang Mia pelajari. Mia akan teruskan berblog sehingga termampu. Bersyukur pada apa yang Mia ada hari ini. Sayang sangat kat blog ini. Segala suka dan duka tersimpan rapi di dalamnya. Love you so much, Mialiana.com !!!

pejam.. celik.. pejam.. celik.. cepatnya masa berlalu....